:
Pengenalan Ringkas


Maahad Tahfiz Syababul Furqan yang bertempat di Jalan Peket 60 Dalam (Sawah), 45300 Sungai Besar telah ditubuhkan semula pada 06 Januari 2016.

Maahad Tahfiz Syababul Furqan dicadangkan dan ditubuhkan atas inisiatif dan keinginan mendalam daripada Ahli Keluarga Al-Marhum Ustaz Haji Yaacop dan Al Marhumah Hajah Rokiah.

Pada peringkat awal, Maahad Tahfiz Syababul Furqan ditubuhkan sebagai Langkah untuk memeriahkan Rumah Peninggalan Arwah selain menjadi Saham Akhirat mereka. Namun setelah melihat dengan kewujudan Maahad, suasana masyarakat kampung lebih Makmur, & surau Ad-dinniah Al Islamiah yang tandus dari aspek aktiviti Ibadah & Ilmu mulai Subur Imarah. Anak-beranak Arwah mula memandang serius & bersetuju untuk waqafkan tanah serta rumah pusaka untuk tujuan Maahad

Setelah mendapatkan persetujuan waqof daripada 14 anak-beranak Al Marhum, & Al-Marhumah maka tanah yang seluas 1.193 hektar mula diusahakan dan dinaikkan binaan dengan harapan agar rumah peninggalan arwah dan binaan yang akan dibangunkan seterusnya di tanah ini Makmur subur dengan aktiviti Dakwah, Ilmu, Ibadah & Tazkiyah serta khidmat.

Oleh yang demikian dengan kewujudan Maahad Tahfiz Syababul Furqan diharapkan dapat memartabatkan Syi’ar Al-Quran & Syi’ar Islam dalam masyarakat dan bertindak sebagai tempat mulia yang melahirkan Para Ilmuwan Al quran yang Muktabar lagi Maqbul di sisi Rabbul Izzah.